Tonton / Watch FIFA world cup live online for free

    1

    Bola oh bola.Kehangatan FIFA world cup tahun ini amat terserlah dengan kesibukan orang ramai bercerita tentang bola disana sini.Siaran di TV serta radio sibuk dengan iklan-iklan berkaitan bola.Tak kurang juga di laman sosial popular iaitu Facebook ramai yang menukar gambar profile masing-masing dengan pasukan kegemaran mereka.Jika dilihat pada wall di Facebook tidak kurang ramai juga yang berbicara tentang kehebatan pasukan masing-masing.Terasa amat mencuitkan hati apabila melihat gelagat setiap orang yang mahu memenangkan pasukan masing-masing apabila berbual di laman facebook.Saya juga tidak terlepas untuk menyampuk bagi memenangkan pasukan yang diminati.haha.

    Dah lama tak update blog sebab agak sibuk sedikit sejak kebelakangan ni.Hari ni saya nak berkongsi dengan korang cara menonton atau watch FIFA world cup online di internet.Bagi sesiapa yang tidak berpeluang menonton world cup di TV,korang bolehla mencuba kaedah ini.Juga kepada para pelajar IPT yang tinggal di hostel/kolej kediaman/asrama.Kekadang kalau korang nak keluar pergi kedai mamak tak berkesempatan sebab tak debenarkan keluar selepas pukul 10 lebih,11 lebih dan sebagainya.Nak tengok kat kafe kebetulan pulak kafe tutup awal.Hehehe ni cuma andaian saya saja.Jadi korang jangan risau masih ada alternatif lain lagi untuk korang menikmati siaran live FIFA world cup.Cuma korang kena ada komputer/laptop dan line internet itu saja.Dan tak kira sesiapapun boleh mencuba untuk merasai tonton siaran langsung FIFA world cup di internet jika ingin merasainya.Jika speed internet korang laju memang best ar layan online ni,sebab kalau speed internet yang agak slow siarannya agak tersekat-sekat sedikit.

    Okay terlebih pulak saya berceloteh.kalau korang nak tengok antara website yang menyediakan adalah seperti website ni http://footballstreams.tv/ klik kat situ.Kat situ ada beberapa channel seperti channel 1 hingga channel 4.Korang cuba la klik satu-satu mana satu yang ada live bola.Tapi kalau saya tidak pergi ke website ni sebab saya menggunakan satu software yang mana korang boleh menonton TV,menonton live football dan mendengar radio dari setiap siaran yang ada dari berbagai-bagai negara.Software ni agak berbaloi jugak la kerana korang boleh menonton siaran TV negara lain.Software yang saya guna ni percuma saja.Nama software ni ialah Readon TV Movie Radio Player.Korang boleh dapatkan atau download terus di http://www.readontech.com/downloadinternettv.html klik kat situ.Tapi ingat bila dah download software ni korang kena ada line internet untuk menyambungkan siaran yang dikehendaki.Best jugak la kekadang layan tengok siaran TV dari negara lain huhu.Selain itu laman ni juga ada sediakan khidmat tengok bola secara LIVE juga iaitu http://livetv.ru/en/ klik kat situ.Saya lebih suka guna software Readon TV Movie Radio Player ni sebab korang boleh tengok mana-mana siaran korang suka.Kekadang ada juga channel yang tidak berfungsi korang kena try klik satu-satulah ya sampai dapat siaran yang korang nak tengok.Selamat mencuba!
    TAG: |

    Setiap amalan bermula dengan niat

    77
    Sama-samalah kita bermuhasabah diri dengan melihat kembali adakah amalan yang kita lakukan ikhlas kerana Allah SWT.Semoga setiap amalan yg kita lakukan diterima oleh Allah SWT..

    Dalam sebuah hadith(H.R.Muslim) dinyatakan bahawa "Sesungguhnya orang yang mula2 diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang telah mati syahid, setelah dia didatangkan kepada Allah SWT, Allah SWT memperingatkan nikmatNya dan dia mengakui nikmat2 itu.. lalu Allah SWt bertanya, "Apakah yang telah kamu lakukan terhadap nikmt2 itu?". Orang itu berkata " Saya berperang di jalanMu sehingga saya telah gugur syahid".. Allah berfirman, "Kamu dusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu dikatakan pahlawan dan perkara itu telah kamu peroleh".. lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka. Orang kedua yang diadili ialah seorang lelaki yang telah belajar ilmu pengetahuan, mengajarkannya dan membaca al-Quran.. dia didatangkan ke hadapan Allah SWT dan Allah memperingatkan nikmat2 yang telah diberi kepadanya dan dia mengakui nikmat2 yang Allah berikan kepadanya.. Allah berfirman :Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat2 itu?". Lelaki itu berkata, "Saya belajar ilmu dan telah mengajarkannya dan saya membaca al-quran keranaMu".. Allah berfirman, "Kamu berdusta, sebaliknya kamu belajar supaya kamu dikatakan 'alim dan kamu membaca al-Quran kerana ingin dikatakan Qari lalu kamu memperolehinya".. lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka. Orang ketiga ialah seorang lelaki yang Allah telah permudahkan rezeki dan mengurniakannya pelbagai harta.. setelah didatangkan ke hadapan Allah SWt dan Allah memperingatkan nikmat2 yang telah diberi kepadanya dan dia mengakui nikmat2 yang Allah berikan itu.. Allah berfirman : Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat2 itu?". Lelaki itu berkata, "Saya telah membelanjakan pada jalan2 yang Engkau suka, untuk mendapatkan kerdhaanMU". Allah berfirman, :Kamu dusta, kamu membelanjakannya supaya kamu dikatakan seorang dermawan dan sesungguhnya kamu telah peroleh".. lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka".

    Hadith lain lagi (H.R. Imam Ahmad).. "Sesiapa yang bersolat kerana hendak memperlihatkan kepada orang.. dia menjadi seorang yang menyekutukan Allah SWT dan sesiapa yang berpuasa kerana hendak memperlihatkan kepada orang, dia juga menyekutukan Allah SWT.. dan sesiapa yang bersedekah kerana hendak menunjuk2 kepada orang, dia juga menyekutukan Allah SWT".

    Memperlihatka amalan kepada orang lain menjadikan orang yang ingin ditunjukkan amalan itu sekutu Allah.. sedangkan Allah tidak memerlukan sekutu.. dalam hal ini amalan seseorang itu tidak lagi semata-mata kerana Allah SWT.

    Marilah kita sama2 menghayati ayat al-Quran dan hadith2 di atas dan berusaha menjaga niat dan amalan kita.. hendaklah kita berniat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.. Jangan dibiarkan ada ruang sedikitpun untuk masuk ke hati kita melakukan amalan untuk menunjuk2 dan mendapat balasan daripada manusia lain.. Sekiranya keinginan itu terlintas di hati kita cepat2lah beristighfar dan membaca La hawla wala quwwata illa billah..

    Mari sama-sama kita dengarkan ceramah drpd Ustaz Abu Islam Fathul Bari di bawah ini berkaitan dgn niat..video ni tak lama 4 minit jer..



    SUMBER:di ambil sedikit dr blog http://harmoniinn.blogspot.com dan telah diedit serta ditambah sedikit oleh sy seperti video dan sebagainya..
    TAG: |

    Muhasabah cinta...

    4
    wahai..pemilik nyawaku
    betapa lemah diriku ini
    berat ujian darimu
    kupasrahkan semua padamu
    tuhan baru kusedar indah nikmat sihat itu
    tak pandai aku bersyukur
    kini kuharapkan cintamu
    kata2 cinta terucap indah
    mengalir berzikir di kidung doaku
    sakit yang kurasa jadi penawar dosaku
    butir2 cinta air mataku
    teringat semua yang kau berikan untukku ya ilahi
    muhasabah cintaku
    tuhan..kuatkan aku
    lindungiku dari putus asa
    jika ku harus mati pertemukan ku denganmu.....

    TAG: |

    Membina akhbar sendiri

    0


    Pernahkah korang terfikir untuk membina akhbar atau surat khabar sendiri.Adakah korang ingin merasa menjadi wartawan sebuah akhbar?.Kini angan-angan korang tu akan menjadi kenyataan,kerana terdapat satu website yg menyediakan satu aplikasi untuk korang membina keratan akhbar secara percuma.Ianya boleh dilakukan di www.fodey.com klik link tersebut jika korang ingin merasainya.Laman web ni membolehkan korang menghasilkan keratan akhbar secara talian dengan 3 langkah mudah.Korang hanya perlu menaip nama akhbar,tarikh dan kemudian korang bolehlah tulis ikut citarasa yg korang inginkan.

    Bagi sesiapa yg ingin menulis secara serius mungkin fodey.com boleh dijadikan tempat untuk praktis dan melihat bagaimana sekiranya cerita korang diterbitkan di akhbar.Atau bagi sesiapa yg ingin berseronok,aplikasi ini memang mudah dan sesuai dijadikan sesuatu yg istimewa misalnya utk menyampaikan ucapan hari lahir,ucapan terima kasih,pengumuman perkahwinan,berita tergembar,lawak jenaka dan sebagainya.

    Untuk terbitkan keratan akhbar ni korang hanya perlu klik pd butang generate yg disediakan.Dalam beberapa saat keratan akhbar yg ditulis oleh korang akan terhasil.Korang juga boleh memuat turun fail keratan akhbar ni ke dlm komputer dalam bentuk JPEG dan boleh digunakan untuk membuat hebahan di facebook dan seangkatan dengannya bg tujuan jenaka.Jom bina akhbar sendiri!.

    p/s:Untuk pengetahuan semua contoh gambar keratan akhbar yg ada kat atas tu ditulis oleh saya hanya sekadar gurauan dan jenaka sahaja.Tidak ada kena mengena dengan yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.
    TAG: |

    Oh final exam!

    1


    Nampaknya final exam semakin menghampiri.Minggu study week ni,minggu untuk study bukan untuk enjoy.Tapi aku tak start2 study lagi.Huh.. sibuk dengan projek micro-p yg perlu diselesaikan.Viva projek lagi macam2 berlegar kat kepala ni.Alhamdulillah berjaya jugak aku siapkan projek micro-p.Tajuk projek aku cuma kena buat Alarm system program.Aku kena buat LED menyala apabila voltan power supply diberi lebih dari 2V.Kalau kurang dari 2V LED tidak akan menyala.Maknanya LED tu diibaratkan seperti Alarm bila dia menyala maksudnya alarm berbunyi.Lebih kurang macam tu la.Terima kasih kawan2 yang tidak lokek berkerjasama dan menyampaikan ilmu yg korang tahu bg menjadikan projek ini sukses dengan jayanya.Terima kasih juga kepada sahabat aku yg sudi memberi masanya dan tunjuk ajar kepada aku untuk menyiapkan progaram alarm system ni.

    Pada mulanya aku nak buat 2 LED jer menyala blink secara serentak.Tapi bila difikirkan balik macam simple jer sbb tengok group perempuan diorang buat 8 LED blink.Dan akhirnya aku telah mendapatkan satu idea baru setelah diilhamkan oleh sahabat aku.Ideanya ialah dengan menggunakan 8 LED jugak tapi dengan membuat running light bukan blink, lain skit dari group dorang.Nanti kalau sama lecterer kata copy paste pulak.kalau dah nak buat running light aku kena guna delay la.Running light yg aku buat dia akan menyala macam lampu kereta dalam cerita mag giver.Satu bergerak kesini lagi satu bergerak kesana.Aku guna delay satu saat jer bagi nampak dia menyala bergerak laju skit.Petang tadi aku dah test dah kat lab.Nampaknya menjadi.Nak ikutkan takdelah gempak manapun biasa jer cuma aku tak nak nampak projek aku terlampau simple sangat,biar nampak serabut skit dengan wayar.Lepas ni kena wat report pulak.sape tah yg leh tolong watkan aku report bab2 cam ni lah yg aku malas skit.ok sampai cni saje pasal projek.

    Masuk bab Final Exam pulak sem ni aku ambik 21 jam kredit.Boleh tahan banyak tu.Huh kelam kabut betul rasanya sem ni.Aku kena hadirkan mood study dalam diri ni kalau tak habislah.Sepatutnya dah takde masa dah,tapi aku masih lagi ada masa nak buat benda tu benda ni.Subjek apa yg perlu aku study dulu tu masih dalam perancangan.Tapi bila difikirkan balik tak kisahlah subjek apapun yg penting kau study.
    Jangan tak study langsung dah lah.Gagal nanti diri aku sendiri jugak yang merana.
    Aku dapat tahu IPT lain pun sekarang ni ada yg tengah minggu study week jugak.So aku nak ucapkan Good Luck for your Final Exam kpd sesiapa yg terlibat untuk menghadapi Final Exam dalam beberapa hari lagi ni.

    P/S:nampaknya saya menggunakan ayat aku,selalunya menggunakan perkataan saya,lepas ni kalau saya rasa nak guna aku akan guna aku kalau rasa nak guna ayat saya akan saya guna saya. :-)
    TAG: |

    Google buzz terbaru dari google

    0

    Dominasi Facebook  di dalam dunia tanpa batasan ini mungkin telah mendapat reaksi dari gergasi enjin carian terutamanya Google.Google telahpun mempunyai laman web rangkaian sosial mereka iaitu Orkut,tapi kurang mendapat sambutan dan lebih mendapat sambutan pengguna di India dan Brazil.Mesti ada diantara korang yang pernah tidak tahu pun apa itu Orkut kerana laman sosial seperti Orkut tidak popular di Malaysia.Untuk mengelakkan dari ketinggalan dalam persaingan di antara rangkaian sosial yang lain,pada 9 Februari 2010 yang lalu Google telah memperkenalkan atau merasmikan Google Buzz,satu komponen rangkaian sosial yang diintegrasikan ke dalam aplikasi email web Gmail mereka.Sekarang ni saya telah aktivekan google buzz ni dekat gmail saya dan masih belum mahir cara penggunaannya.Kena “try and error” dulu.

    Buzz membolehkan pengguna seperti kita untuk memilih sama ada untuk berkongsi setiap kemas kini yang dilakukan secara global ataupun tertutup kepada sekumpulan teman-teman tertentu sahaja. Ia turut diintegrasikan dengan laman seperti Picasa, Flickr, YouTube, Blogger dan juga Twitter.

    Buzz versi bergerak pula digandingkan dengan aplikasi popular Google Maps membolehkan pengguna melihat siapa yang berada berdekatan dengan mereka. Setiap pos kemas kini yang dibuat melalui Google Maps boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi tersebut.Selain dari teks, pengguna Buzz versi ini juga boleh memuat naik gambar ke dalam pos mereka.Macam-macam projek terbaru telah dilakukan oleh google,sebelum ni google wave,lepas tu google buzz lepas ni tak tahu apa pulak projek terbaru google ni kita tunggu dan lihat.
    TAG: |

    Senarai laman web download wallpaper

    0


    Kepada sesiapa yang meminati wallpaper,korang bolehlah mendownload wallpaper yang cantik-cantik dari laman web yang disenaraikan di bawah.Klik dekat link yang diberi tu ya.Selamat mendownload!

    1.iluvislam.com


    2.Customize.org


    3.Desktopography


    4.Desktop Nexus


    5.InterfaceLIFT


    6.Mandolux


    7.Pixelgirl Presents


    8.Social Wallpapering


    9.Veer


    10.Vladstudio


    11.Quality Wallpapers
    TAG: |
     

    Copyright 2008 All Rights Reserved Template Edit by Arieyblog