
Dominasi Facebook di dalam dunia tanpa batasan ini mungkin telah mendapat reaksi dari gergasi enjin carian terutamanya Google.Google telahpun mempunyai laman web rangkaian sosial mereka iaitu Orkut,tapi kurang mendapat sambutan dan lebih mendapat sambutan pengguna di India dan Brazil.Mesti ada diantara korang yang pernah tidak tahu pun apa itu Orkut kerana laman sosial seperti Orkut tidak popular di Malaysia.Untuk mengelakkan dari ketinggalan dalam persaingan di antara rangkaian sosial yang lain,pada 9 Februari 2010 yang lalu Google telah memperkenalkan atau merasmikan Google Buzz,satu komponen rangkaian sosial yang diintegrasikan ke dalam aplikasi email web Gmail mereka.Sekarang ni saya telah aktivekan google buzz ni dekat gmail saya dan masih belum mahir cara penggunaannya.Kena “try and error” dulu.
Buzz membolehkan pengguna seperti kita untuk memilih sama ada untuk berkongsi setiap kemas kini yang dilakukan secara global ataupun tertutup kepada sekumpulan teman-teman tertentu sahaja. Ia turut diintegrasikan dengan laman seperti Picasa, Flickr, YouTube, Blogger dan juga Twitter.
Buzz versi bergerak pula digandingkan dengan aplikasi popular Google Maps membolehkan pengguna melihat siapa yang berada berdekatan dengan mereka. Setiap pos kemas kini yang dibuat melalui Google Maps boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi tersebut.Selain dari teks, pengguna Buzz versi ini juga boleh memuat naik gambar ke dalam pos mereka.Macam-macam projek terbaru telah dilakukan oleh google,sebelum ni google wave,lepas tu google buzz lepas ni tak tahu apa pulak projek terbaru google ni kita tunggu dan lihat.
0 comments:
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!
Post a Comment