Kenapa akmal buat blog



Terdetik di hati ini untuk membuat blog setelah melihat kawan-kawan saya punya blog. Pada mulanya saya rasa macam nak taknak jer buat blog,lama-kelamaan asyik usha blog orang lain terasa pulak nak memiliki blog sendiri seperti mereka.Di tambah pula dengan galakan dari member supaya saya membuat blog maka dari situ saya pun rasa yang saya patut memiliki blog sendiri.Kebanyakan orang membuat blog mempunyai tujuannya yang tersendiri antaranya:

i. Sebagai diari dan catatan harian.
ii. Tempat berkongsi ilmu pengetahuan (Contohnya arieyblog dan banyak lagi lah..)
iii. Berbicara isu semasa dan politik..(Anwar
Ibrahim
pun ada blog..)
iv. Meluahkan perasaan dan rasa hati.
v. Mencari pendapatan online.
vi. Menambah kenalan dan kengkawan.
vii. Sekadar suka-suka dan hobi dimasa lapang.

Sebenarnya saya baru saja hendak bermula merasa dunia seorang blogger ni.Saya masih tiada tujuan utama kenapa saya buat blog.Buat permulaan ni saya buat blog ni untuk tujuan suka-suka sahaja dan jika ada maklumat dan ilmu pengetahuan serta apa-apa sahajalah yang saya rasa patut dikongsikan dengan korang semua saya akan kongsikan.Nak kata akmal menghasilkan karya,saya bukan la seorang yang berbakat dalam menghasilkan sesebuah karya. Tengok tu, ayat putar belit.Bukan saya tak pernah untuk cuba-cuba menulis. Tapi memang kalau bab karangan saya kurang sikit.Huhu… Betul, tak tipu. Sebab tu saya lebih suka baca karya orang jek. Sebab idea akmal selalunya dah kering kontang bila dah sampai part suku.Di harap dengan membuat blog ni akan dapat memahirkan diri saya dalam dunia penulisan.Tapi tak tahulah kalau penulisan akmal masih tak berubah jugak hehe.Kata orang dengan membuat blog ini akan memahirkan kita lagi dalam dunia berblogging sebab buat blog ni macam-macam perkara asas yang perlu tahu seperti mengedit,meletak script dan sebagainyalah.Kalau tak tahu kita boleh rujuk kepada mereka yang tahu selok belok mengedit blog tak pun kita “try and error” Cuba-cuba sampai berjaya,lama-kelamaan kita mungkin akan mahir dengan sendirinya.Saya rasa sampai disini sahaja penulisan saya buat post yang pertama ni,sebab dah takde idea nak tulis apa hehe.Nanti post yang berikutnya kalau ada apa-apa yang hendak dikongsikan saya akan kongsikan dengan korang semua.
TAG: , , , , , , , , ,

2 comments:

Premium Services Bagaimana Artikel Ini?Sila Berikan Komen Anda Dibawah!
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!
kameeqool said...

da x de kje coz tu wat blog

bursa taruhan bola said...

bener banget tuh gan,,tempat berbagi pengetahuan,,,i like it,,,

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Template Edit by Arieyblog