Browse > Home / / Semester baru dan azam baru
Semester baru dan azam baru
Setelah menghabiskan cuti semester baru-baru ini yang agak panjang,sebulan lebih jer, maka bermulalah kembali untuk ke semester yang berikutnya.Huh…rasanya tak puas lagi merasa cuti, bila nak masuk semester baru jer perasaan malas mula datang.Adess mungkin dah sedap bercuti agaknya, bila nak masuk belajar balik, mulala hati ni berbisik “kenapalah cuti sekejap jer, aku baru nak relax-relax”.Huh tu sebenarnya apa yang saya rasa sebelum ni,tapi tak tahulah kalau korang pulak macam mana.Mungkin menjerit happy nak masuk belajar balik.Masuk hari ni rasanya tanpa disedari sudah tiga minggu saya masuk semester baru ni..cepat betul masa berlalu.Niat perlu diperbetulkan, belajar ni menuntut ilmu kerana Allah,barulah senang pelajaran tu nak masuk.
Bila dah start semester baru subjek-subjek pun semuanya baru.Mungkin akan bertambah lagi pening dan serabut kepala ni.Untuk sem ni saya ambil 6 subjek semuanya 21 jam kredit.subjek-subjeknya terdiri daripada microprocessor,communication system,electromagnetic,IC design,mathematics 3,dan satu subjek wajib university iaitu bahasa melayu.Dah lama rasanya saya meninggalkan subjek bahasa melayu masa tu belajar kat sekolah menengah,sekarang ni kena ambil balik.Tak tahulah sama ke tak bahasa melayu universiti dengan bahasa melayu masa belajar dekat sekolah menengah tengok lebih kurang jer.Kalau bab karangan memang saya agak lemah sedikit sebab nak hasilkan karangan yang mantap mesti dengan gaya bahasanya yang cantik dan memasukkan banyak fakta.
Lepas ni nak kena beli buku rujukan pulak.Korang semua tahu kan setiap subjek mesti ada rujukan masing-masing.Demi ilmu, biarlah duit tu lebur membeli buku rujukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.Hehe bunyi macam poyo jer ayat aku ni.Tapi takpe sekurang-kurangnya akmal tulis ni untuk nasihat pada diri sendiri.Buku rujukan yang saya dah beli electronic communication system,huh boleh tahan jugakla harganya
RM 67.00.Bukunya pun agak tebal,tapi tak tahulah, korang rasa saya dapat khatamkan ker buku ni,tengok jer pun dah pening hehe.Bunyi ayat macam rajin jer nak selak-selak buku tu,harap-harap buku tu tak jadi barang hiasan sudahlah.Korang boleh tengok gambar buku ni kat bawah ni.
Bahagian sisi buku
Bahagian hadapan buku
Bila dah masuk semester baru mulalah ada azam baru kebetulan pulak sekarang ni dah masuk tahun baru,maka bertambah banyak azamla datang di fikiran ni.Semestinyalah azam nak jadi yang terbaik dari yang sebelumnya.Kalau sebelum ni malas bertukar menjadi rajin.Banyak buang masa bertukar menjadi budak library haha..bila la aku nak jejak kaki kat library, sekali jer aku pergi tu pun sebab nak usha library macam mana bentuk dia huhu.Rasanya azam ni hanya tinggal azam,sebab perangai masih di takuk lama.”Common la akmal bila kau nak berubah! Tengok orang lain semuanya berjaya,diaorang ada matlamat masing-masing”.Ok-ok aku akan cuba sekadar yang termampu.
TAG:
Posted by
akmalblogs
on
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!
Post a Comment