Remote control telefon bimbit



Hari ini mari kita berkongsi cara menggunakan telefon bimbit sebagai remote control untuk komputer (samada laptop atau desktop).Saya percaya ramai yang sudah menggunakannya namun tidak dinafikan masih ada dalam kalangan kita yang masih belum mengentahuinya lagi. Untuk itu elok kita berkongsi pengetahuan yang sedikit ini agar sama-sama kita mengambil manfaat daripada teknologi sedia ada.
Setakat pengetahuan saya, hanya telefon bimbit jenama sony ericsson sahaja yang dilengkapi dengan aplikasi remote control menggunakan perantara bluetooth (maksudnya walaupun handset korang berjenama sony ericsson, tetapi tidak dilengkapkan dengan bluetooth, maka fungsi ini dikecualikan).Tapi tak tahulah kalau sekarang ni telefon bimbit jenama lain pun sudah dilengkapi dengan kemudahan ini.Telefon bimbit sony ericsson yang dilengkapi kemudahan Bluetooth sahaja boleh dijadikan sebagai remote control untuk computer korang dan sekiranya tiada kemudahan Bluetooth fungsi remote control memang tidak ada.

Oleh yang demikian, komputer korang yang ingin menerima aplikasi remote control ini pun hendaklah dilengkapi dengan bluetooth device (peralatan). Kebanyakkan komputer riba era ini sudah pun dilengkapi dengan device berkenaan, jika tidak korang terpaksalah membeli external bluetooth device yang boleh didapati dengan harga serendah RM20 sahaja.Maknanya computer riba korang pun kena dilengkapi dengan bluetooth device juga.

Caranya
1. Aktifkan aplikasi bluetooth pada kedua-dua handset sony ericsson dan komputer;
2. Buka tetingkap ‘My Bluetooth Places’ pada komputer, klik pada Bluetooth pada menu bar dan ambil ‘Search for devices’;
(Komputer korang akan mengambil masa selama beberapa saat bagi mencari rangkaian bluetooth pada handset)
3. Setelah handset korang dijumpai, klik pada icon (yang menunjukkan) handset korang itu, kemudian klik pada icon ‘HID Mouse & Keyboard on (nama handset anda);
(Setelah komputer anda berjaya menghubungi handset, biasanya menu kawalan jauh atau remote control akan terus aktif secara automatik dan terus keluar pada screen handset anda, ianya ada tiga bentuk komunikasi iaitu; Presenter untuk anda control program PowerPoint, Media Player untuk anda control program Windows Media Player dan Desktop untuk korang control Desktop -icon dan screen- komputer korang)
Sekarang korang tidak lagi perlu duduk dekat komputer untuk klik pada cursor (sekiranya korang sedang membentangkan kertas kerja dengan menggunakan program powerpoint) atau menggunakan mouse kawalan jauh dan sebagainya. Cukup handset sony ericsson korang melakukan fungsi mouse dengan jarak yang agak memuaskan (bergantung kepada perisian dan hardware bluetooth pada kedua-dua komputer dan handset korang).
Sekian, selamat mencuba!
TAG:

0 comments:

Premium Services Bagaimana Artikel Ini?Sila Berikan Komen Anda Dibawah!
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Template Edit by Arieyblog