Kenaikan harga gula dan rokok



Gula dan rokok merupakan barangan yang agak ramai penggunanya.Manakan tidaknya semua orang kalau boleh nak minum teh ais,milo ais,teh tarik dan sebagainya yang semuanya memerlukan gula.Rokok pula pengguna setianya kebanyakan terdiri daripada lelaki.Huh habislah korang terpaksa simpan duit la lepas ni.Nasib baik la akmal tak merokok kalau tak bertambah pokai la poket ni.Secara kebetulan mulai 1 januari 2010 kedua-dua barangan ni telah mengalami kenaikan harga jualan.Kenaikan harga kedua-dua barangan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pengguna dan ternyata ia memberi impak yang besar kepada pengguna serta peniaga.

Lepas ni ramai la peniaga yang akan menaikkan harga jualan mereka atas alasan kos pembelian gula telah naik manakala pengguna macam aku ni terpaksa membayar lebih untuk menikmati juadah yang diidamkan.Kalau sebelum ni teh tarik RM1.00 lepas ni mesti jadi RM1.20.Habislah… barang kalau dah naik harga selalunya memang susah hendak diturunkan balik.Dan seperti dijangkakan,mulalah kedengaran isu bekalan gula kehabisan stok disebabkan pengguna yang panik dan peniaga mula menjual dengan harga yang lebih tinggi daripada yang telah ditetapkan.

Kalau rokok pulak walaupun harga naik ,apa yang saya nampak ia tidak memberi kesan kepada perokok tegar untuk membeli rokok.Kalau dah ketagih rokok walau harga naik macammana sekalipun rokok tu pasti akan dibeli juga.Kalau sehari 7 batang mungkin dikurangkan menjadi 3 batang.Bagi mereka yang kuat merokok,rokok ni dah jadi macam sebahagian dari hidup mereka kalau sehari tak dapat memang tak sah.Tapi korang kenalah beringat merokok tu membahayakan kesihatan,bukan pada korang jer tapi pada orang yang berada disekeliling yang terhidu asap rokok yang korang keluarkan.

Sebenarnya rokok dan gula ni bukanlah barangan yang baik untuk kesihatan kita semua.Kedua-duanya memberikan kesan yang negatif kepada tahap kesihatan seseorang sekiranya cara penggunaan yang tidak terkawal.Seperti yang kita ketahui semakin ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan akibat merokok dan penggunaan gula yang berlebihan.Tak salah kalau nak guna tapi janganlah berlebihan okay.Kalau tak nanti korang jugak yang merana.Walaupun kerajaan dah buat kempen “Tak nak merokok” dan “hari tanpa gula” tapi kesedaran masih juga kurang.

Disebalik kenaikan harga gula dan rokok ni ada juga kebaikannya,kalau sebelum ni guna gula berlebihan lepas ni kena kurangkanlah.Bagi perokok diorang pun sama akan kurang sikit nak merokok tu.Dan semua ni akan memberi kesan pada tahap kesihatan kita semua dengan menjadikan tubuh badan lebih sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Lupakan sejenak hal kenaikan harga, fikirkan kesan baik jika tidak merokok dan jika dapat mengurangkan kadar pengambilan gula.Barulah ramai rakyat Malaysia yang sihat dan cergas jika kempen yang dilakukan diikuti oleh semua orang.
TAG:

0 comments:

Premium Services Bagaimana Artikel Ini?Sila Berikan Komen Anda Dibawah!
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Template Edit by Arieyblog