Browse > Home / / Mendapatkan semula fail yang terpadam
Mendapatkan semula fail yang terpadam
Mungkin korang pernah mengalami situasi dimana korang tersilap memadam sesuatu fail atau mahu mendapatkan semula fail yang dipadamkan.Kadang-kadang fail yang hilang itu merupakan gambar-gambar kenangan ataupun fail yang penting bagi korang.Jangan risau kerana ada satu program Windows percuma iaitu Undelete Plus yang berfungsi dengan mengimbas cakera keras komputer untuk mencari fail-fail yang baru dipadamkan dan membolehkan korang memilih mana-mana fail untuk dikembalikan semula.Namun begitu, perlu diingat, lebih lama waktu telah berlalu apabila korang mahukan sesuatu fail itu semula selepas ianya dipadamkan, lebih sukar untuk mendapatkannya semula kerana ada kemungkinan komputer korang telah merakam sesuatu yang baru ke dalam fail tersebut. Layari http://www.undelete-plus.com/download.html dan klik pada pilihan "With Installer" untuk memuat turunkan Undelete Plus.
TAG:
Posted by
akmalblogs
on
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!
Post a Comment